HalaQah

Wednesday, September 22, 2010

Pilihanraya: Antara Calon Dan Keperluan Rakyat

    • Final Azryn 
      Sebab itu dalam membuat pemilihan calon sama ada kita pemimpin atasan yang membuat penentuan nama-nama yang bakal bertanding atau rakyat bawahan yang akan mengundi, maka hadis berikut patut direnungi: sabda Nabi s.a.w “Adakalanya seseorang ...See More
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun bukannye sekadar slogan
      5 hours ago · 
    • Final Azryn “Bangunlah! Wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah”. Lalu Abu ‘Ubaidah pun bangun dan baginda pun bersabda: “Inilah orang yang amanah bagi umat ini” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun beliau memang bertegas kepada prinsip dan mengenepikan segala kepentingan diri.
      5 hours ago · 
    • Final Azryn Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak ada seorang pemimpin yang menguruskan urusan orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh (menunai amanah) dan tidak menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk syurga bersama mereka” (Riwayat Muslim).
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun Dalam riwayat yang lain baginda: “Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan Allah haramkan baginya syurga” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun yer kita melihat keperibadian beliau..dalam kehidupan
      5 hours ago · 
    • Final Azryn 
      “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Inilah apa yang diamanatkan oleh Abu Bakr bin Abi Quhafah pada waktu terakhir kehidupan di dunia dan sedang keluar daripadanya, serta permulaan kehidupannya di akhirat dan sedang mas...See More
      5 hours ago · 
    • Final Azryn ia bagi aku kan seseorang ustaz atau syeikh sebagai calon belum tentu mereka menjamin mereka mampu menunaikan amanah..
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado tapikan,ada orang tidak mahu mempersoalkan ‘muka lama’ atau ‘muka baru’...Kepimpinan bukan macam jamuan makanan yang sekali sekala kita ingin bertukar selera,soal keadilan dan kemampuan menunaikan amanah yang diberikan tanpa penyelewengan batul tak?
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun erk macam ayam masak merah pastu masak kicap..hahahah
      5 hours ago · 
    • Final Azryn macam pemilihan AF jer..kelako..
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado 
      Bagi aku ‘muka lama’ mereke mampu membela rakyat bawahan pastu fakir miskin siap menyebarkan kebaikan lagi menghidupkan suasana yang membawa keredhaan Allah & RasulNya, memajukan minda dan harta, menunaikan tuntutan dunia dan akhirat maka d...See More
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun tapikan tapikan kalau ‘muka lama’ terbukti menyeleweng, tidak amanah, mementingkan diri, melupai tanggungjawab yang diberikan, haa lagu mane pulak tu kawan2
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado 
      haaa inilah peluang kite,barukan "muke"

      Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesu...See More
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun erkkk sampai letak hadis sekali..lalala
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado wei kalau dah ade ciri2 tu,haa memang layak dapat kuase,tak payah nak tengok muke lame atau muke baru.. Final cerite sikit aku lupe dah tentang Para al-Khulafak al-Rasyidin
      5 hours ago · 
    • Final Azryn 
      tahu sikit je..aku sambung
      Para al-Khulafak al-Rasyidin memerintah sampai ke akhir hayat sampai rakyat menangis hari kematian mereka sebagai tanda khidmat mereka masih diperlukan..kalau ditengokkan sekarang ni..tak sampai berbulan dak giveup...See More
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun macam2 sekrang nie..rasuah jer salah gunekan kuase jer..
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado oit kun, masing2 ade tanggungjawab..yang perlu diselesaikan..asyik layan semua tu buat ape..itu sebab kelancaran negara tak berjalan dengan lancar..yela diganggu dengan tangan2 yang tidak amanah..(tidak amanah gunekan kuase)
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado itu sebab kite perlu memilih yang berJIWA BESAR & AMANAH
      5 hours ago · 
    • Final Azryn Ramai sahabah Nabi s.a.w. yang handal di medan pertempuran. Namun baginda tidak membuat pemilihan secara sebarangan bagi misi-misi penting tertentu. Sebab itu dalam misi Peperangan Khaibar, Nabi s.a.w menyebut: “Aku akan utuskan seorang lelaki yang dia kasihkan Allah dan RasulNya, juga Allah dan RasulNya kasihkan dia. Dia bukan seorang yang akan lari dari medan”. Maka orang ramai pun ternanti-nanti, lalu dilantik ‘Ali dan diserahkan bendera kepadanya” (Riwayat Ibn Majah, sahih).
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado pilihan mesti tepat..bukan nye tengok gelaran profesor la ape2 la kan..hal soal latar pendidikan itu penting tapi bukan semua yang berpendidikan tinggi itu berkemampuan dalam politik.. PERLU INGAT TU!!
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun kewibaan yang berbeze ek
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado rasenye ade riwayat muslim...ade kite bace tu..oi FINAL copy paste dari microsoft word ko..
      5 hours ago · 
    • Final Azryn erk siot ko.. pening pale aku..
      5 hours ago · 
    • Final Azryn jika pemilihan dibuat atas simpati hubungan keluarga atau persahabatan semata. Bukan lagi ciri kelayakan dan kewibawaan. Seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun 
      aku ade ingat...
      Lemah Abu Zar bukannya lemah iman, tetapi lemah ciri-ciri kepimpinan. Kalaulah Nabi s.a.w yang sayangkan Abu Zar tidak melantiknya kerana ciri-ciri yang tidak dimilikinya, apakah kita akan melantik sahabat handai dan kaum ke...See More
      5 hours ago · 
    • Final Azryn buat pening kepale jer..kite bukan boleh mengubah Al-hadis pun.. tanda2 kiamat..tu ingat tu..CUBA korang ingat balik...haa dalam tanda2 kiamat tu pun ade..jangan tengok dekat internet..kene beli buku..dalam buku ade banyak dan macam2 berbanding internet..
      5 hours ago · 
    • Absorb Takado ko scan jela buku ko guna printer..pastu send la...hhehehe
      5 hours ago · 
    • Azrin Kun kalo jawapan aku kan FINAL..aku malas nak scan2 nie...memenatkan jer..ade duit..pergi beli...buang mase aku je pergi scan..memang baik..tapi fikir2kanlah..
      5 hours ago · 
    • Final Azryn hahahahha ...yer2
      5 hours ago · 
    • Final Azryn tak rajin aku..
      5 hours ago · 

0 comments:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka


akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69)

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.

“Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.” Doakan rakannya menyambung ayat.

Pengertian Taufiq Dan Hidayah

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!


" USAH BIARKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH TERPISAH DIPERSIMPANGAN JALAN"

++watch anime++ © 2008 Template by:
SkinCorner