HalaQah

Wednesday, September 22, 2010

Jin Tewas

HIKMAT AYATUL KURSI


Jin Tewas - Diriwayatkan oleh Abu Ubaid, Al-Tabrain, Ad-Darini, Abu Nu'aim dan Al-Baihaqi didapati daripada Ibnu Mas'ud r.a berkata:-
Seorang lelaki bergelut dengan satu bangsa Jin- Bangsa Jin tersebut tewas apabila lelaki tersebut membaca Ayatul Kursi. Lelaki tersebut ialah Umar Al-Khattab.



Jin merupakan makhluk halus yang ada di sekeliling kita. Dengan kekuasaan Allah swt, kita dilindungi daripada melihat dan berinteraksi secara langsung dengan jin. Justeru, di dalam Al-Quran dan hadis juga ada dinyatakan panduan untuk kita mengenal dengan lebih mendalam mengenai jin ini.
Kandungan awal buku ini memaparkan tentang definisi dan penjelasan jin - nama-nama jin, makanan dan minuman jin, perkahwinan manusia dengan jin, jin-jin rumah & kelemahan jin. Seterusnya diceritakan pula tentang tujuan penciptaan jin. Bahagian 2 pula menceritakan tentang syaitan menyerupai pelbagai macam rupa.
Juga turut diterangkan tentang jin dan ilmu ghaib dan jin dan piring terbang. Sesungguhnya jin memang makhluk yang dicipta oleh Allah. Sehinggakan dalam Al-Quran juga ada satu surah iaitu surah JIN. Justeru itu, kita wajib mempercayainya. Tetapi kita tidak boleh menjadikan jin sebagai sandaran dalam hidup kita kerana kita hanya meminta kepada Allah swt sahaja.
Apabila membaca buku ini, kita pastinya akan dapat mengetahui dunia jin dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi oleh jin.

Muqaddimah Tujuan hidup manusia: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Adz-Dzaariyaat : 56) “Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang." Hadis Qudsi. Pengertian Ibadah Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain. Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt. Asas-asas ibadah 1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri. 2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah. “Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ali Imran : 31 “Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” Al-Baqarah : 165 Ciri-ciri ibadah 1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun. 2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu. 3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat. Syarat-syarat ibadah 1. Amalan yang dilakukan hendaklah diakui Islam dan bersesuaian dengan hukum syarak. 2. Amalan hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik - bagi memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarga, memanfaatkan ummat dan mamakmurkan bumi Allah. 3. Amalan hendaklah dibuat dengan seeloknya. “Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya.” Al-hadith. 4. Ketika melakukan kerja hendaklah sentiasa mengikut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang lain. 5. Dalam mengerjakan sesuatu ibadah, tidak lalai dari ibadah yang wajib. Peranan ibadah yang khusus Ibadah yang khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah untuk mempersiapkan individu menghadapi ibadah yang umum yang mesti dilakukan di sepanjang kehidupan. Solat mengingatkan kita lima kali sehari bahawa sesungguhnya kita adalah hamba Allah dan hanya kepadaNya tempat pengabdian kita untuk mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Puasa menimbulkan perasaan taqwa kepada Allah sehinggakan kita tidak membatalkannya walaupun bersendirian. Zakat mengingatkan kita bahawa harta yang kita perolehi adalah amanah dari Allah. Di dalam harta kita ada hak-hak orang lain yang mesti ditunaikan. Haji menimbulkan perasaan cinta dan kasih kepada Allah di dalam hati dan kesediaan untuk berkorban keranaNya. Matlamat dan tujuan ibadah Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah sasaranya semata-mata perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya? “Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan.” Adz-Dzaariyaat : 57 “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Faathir : 15 “Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri.” Fussilat :46 “Dan barangsiapa yang mensucikan diri mereka, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan diri sendiri.” Faathir : 18 “Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya untuk dirinya sendiri.” Al-Ankabut : 6 Penutup Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus. Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu.” Fussilat : 30

0 comments:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka


akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69)

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.

“Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.” Doakan rakannya menyambung ayat.

Pengertian Taufiq Dan Hidayah

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!


" USAH BIARKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH TERPISAH DIPERSIMPANGAN JALAN"

++watch anime++ © 2008 Template by:
SkinCorner